Petua dan Kiat iPhone

Sebuah koleksi petua yang menunjukkan beberapa ciri berguna iPhone dengan iOS 9.

iOS 9

Semak penggunaan bateri dan storan

Untuk melihat penggunaan bateri, pergi ke Seting > Bateri. Ketik butang Tunjuk Penggunaan Data Terperincibutang Tunjuk Penggunaan Data Terperinci untuk melihat butiran lanjut.

Untuk melihat storan yang digunakan, pergi ke Seting > Umum > Penggunaan Storan & iCloud > Urus Storan.

Semak penggunaan bateri dan storan - Adakah petua ini membantu?
Mail

Urus peti masuk anda dengan lebih laju

Urus berbilang mesej sekaligus. Ketik Edit, pilih beberapa mesej, kemudian ketik Tanda, Pindah atau Buang.

Urus peti masuk anda dengan lebih laju - Adakah petua ini membantu?
Safari

Keluarkan serakan halaman web

Pembaca dalam Safari menjadikan artikel lebih mudah untuk dibaca. Apabila anda melihat butang Pembacabutang Pembaca dalam medan carian, ketiknya untuk melihat teks dan foto sahaja — tanpa iklan.

Keluarkan serakan halaman web - Adakah petua ini membantu?
Messages

Majukan mesej

Sentuh dan tahan gelembung mesej, kemudian ketik Lagi. Pilih gelembung yang anda mahu majukan kemudian ketik butang Majukan.butang Majukan..

Majukan mesej - Adakah petua ini membantu?
Siri

Gunakan Siri dalam Bahasa Melayu

Untuk menukar bahasa Siri, pergi ke Seting > Umum > Siri > Bahasa dan pilih bahasa yang anda mahu gunakan.

Gunakan Siri dalam Bahasa Melayu - Adakah petua ini membantu?
iOS 9

Kurangkan keletihan mata pada waktu malam

iPhone boleh mengubah warna paparan secara automatik untuk penglihatan lebih baik pada waktu malam. Jadualkan Night Shift untuk diaktifkan dari matahari terbenam hingga terbit dalam Seting > Paparan & Kecerahan.

Kurangkan keletihan mata pada waktu malam - Adakah petua ini membantu?
Messages

Lihat bila mesej dihantar

Seret gelembung mesej ke kiri untuk lihat bila ia dihantar.

Lihat bila mesej dihantar - Adakah petua ini membantu?
Calendar

Gunakan Tindakan Cepat dalam Kalendar

Untuk dedahkan pintasan berguna dalam Kalendar, tekan satu peristiwa untuk pratontonnya, kemudian leret ke atas.

Gunakan Tindakan Cepat dalam Kalendar - Adakah petua ini membantu?
Music

Kongsi senarai main Apple Music

Untuk berkongsi senarai main dengan orang lain, ketik butang Tindakanbutang Tindakan, kemudian ketik butang Kongsibutang Kongsi dan pilih pilihan berkongsi.

Kongsi senarai main Apple Music - Adakah petua ini membantu?
Messages

Dengar mesej audio

Menerima iMessage audio? Untuk mendengarnya secara peribadi, angkat iPhone ke telinga anda. Turunkan dan angkat semula iPhone untuk merakam dan menghantar balasan anda, tiada ketikan diperlukan.

Dengar mesej audio - Adakah petua ini membantu?